Thursday, August 28, 2014

Size dan jenis ikatan untuk wrap ( Sizes and tying Methods)

Size Wrap

Size 2 = 2.7m
Size 3 = 3.2m
Size 4 = 3.7m
Size 5 = 4.2m
Size 6 = 4.6m
Size 7 = 5.2m
Size 8 = 5.7m

::Size wrap di atas adalah mengikut size ukuran standard wrap Didymos, walaubagaimanapun , size dan ukuran ini telah diguna pakai oleh semua jenama, jika ada perbezaan pun mungkin hanya sedikit sahaja::

saya copy and paste dari website didymos.de

http://www.didymos.de/en/DIDYMagazine/Baby-Carriers/Sizes/



Wrap DIDYMOS  berbentuk parallelogram, dengan tapered ends (hujung berbucu serong) . ini akan memberi kita lebih 'tail' untuk buat ikatan. kebanyakan wrap mungkin akan 'shrink' (memendek) sedikit selepas dibasuh untuk pertama kali.


BACK CARRY




Ramai yang tanya saya macam mana nak letak anak di belakang utk back carry , dan mintak saya tolong ajar macam mana nak buat. seronok kan tengok anak di belakang dan boleh tengok view yang kita tengok.

Sebelum saya bercerita dengan panjang lebar , mula-mula skali kita kena tahu, wearer perlulah mahir dengan 'front carry' dulu (tak kira la FWCC atau FCC dan jugak hip carry) sebelum cuba back carry . Bila anda dah mahir dengan front carry, anda dah boleh agak fabric (terutama wrap) perlu support kaki anak anda sehingga bahagian mana untuk membentuk 'deep seat' bagi kedudukan yang selesa dan paling penting kedudukan yang selamat.

Sebolehnya, lakukan dengan anak patung dulu untuk belajar letakkan anak di belakang. lebih baik kalau ada 'spotter' atau pembantu yang boleh membantu anda. lakukan di hadapan cermin, jadi wearer boleh nampak kedudukan anak dan fabric betul dan selamat :)

Apa yang perlu wearer lakukan dan sediakan untuk belajar "back carry"

  1. pastikan wearer telah mahir front carry dan hip carry
  2. Guna anak patung dulu untuk practice
  3. lakukan bersama spotter/pembantu
  4. lakukan dihadapan cermin untuk memudahkan wearer melihat kedudukan anak dan fabric/wrap well covered/spreaded over baby's back dan telah cukup 'deep seat' utk kedudukan yang selamat.
  5. lakukan di tepi tilam dan sofa untuk keselamatan.
  6. Hanya lakukan bila badan dan leher bayi anda telah mula tegak dan kuat tanpa perlu di sokong oleh apa-apa alat DAN boleh duduk tanpa bantuan.