Thursday, December 8, 2016

Perkembangan Mata Bayi, Over Stimulation dan Babywearing

Perkembangan Mata Bayi, Over Stimulation dan Babywearing.
=====================================
Assalamualaikum / Hi :)
Semalam, masa check up hasan husain kat hospital, sy 'jumpa' poster ni dalam bilik menyusu :D . So hari ni, nak sembang pasal ni 
.
wahhhh jadi pakar mata la pulakk , heheh..
.
Eh, tak lah, nak relate dgn kepakaran saya dalam babywearing la nih 
.
Jom tengok poster tu semua :)
.
Dari 0-3 bulan, tahap penglihatan bayi sangat kabur. (Sila rujuk poster) Mereka hanya boleh nampak warna Kelabu, Hitam dan Putih sahaja. Penglihatan mereka semakin bagus bila mereka mencapai umur 6 bulan (full term, bukan bayi pramatang ye, kalau bayi pramatang kita kira lain :) ) . 
.
Apakah kaitannya Perkembangan Mata Bayi dgn Menggendong Bayi? Jeng jeng jengggg 
.
Saya tahu dan sangat memahami, ramaiiii yg suka gendong anak menghadap ke depan kan? Jangan risau, saya juga begitu... DULU 
.
Sekarang, saya TAK NAK anda semua ikut macam saya dulu kerana ia boleh mengakibatkan bayi akan Terlebih Rangsangan atau Over Stimulated ; ini adalah antara reasons kenapa kita tak galakkan mak ayah gendong bayi menghadap ke depan 
.
Jom berubah 
.
Sekarang kita tahu, bayi dari awal lahir hingga usia 6 bulan, tahap penglihatannya masih lagi kabur, jarak dan warna nya juga terhad.
.
Bayangkan kita yg rabun, atau ada silau yang tinggi, berjalan tanpa cermin mata, atau memandu tanpa cermin mata yang boleh tapis silau, apa yang kita rasa :) . Berjalan / memandu dengan cahaya silau yang terang, kawasan yang berlopak2, badan kita bergoyang2, pening tak? 
.
bayangkan sekejab, .. Ye ,pening, sakit kepala, begitu la yang bayi kita rasa.
.
OVER STIMULATION / Terlebih Rangsangan.
.
Anak yang masih sensitif terhadap cahaya, akan cepat meragam dan sesetengah anak akan terus ‘shut down’ dengan cara, memilih utk Tidur.
.
Sentiasa perhatikan anak kita. Diam dan tidur bukan sentiasa bermaksud 'selesa' ☺
.
**update**
Sentiasa ingat, nak buat apa pun, perlu moderate, bersederhana. Ada anak yang memang suka kita gendong dia menghadap depan, dia memang suka, tapi, dengan info ini, mungkin kita boleh limit kan masa, contoh 10-15 minit, then bagi dia rehat , ubah dia menghadap kita semula :)
.
Semoga dapat manfaat dari post dan poster ni, dan kita akan lebih alert dengan perkembangan anak kita, insha Allah.
****************
Jika ada tersalah info, mohon PM saya secara peribadi, so saya boleh betulkan kesilapan maklumat tanpa menggangu komentar dari pembaca :)
Terima kasih 
*****************
.
Terima Kasih 
<3
Shahida Radze
Certified Babywearing Educator
Babywearing Institute, USA.
www.facebook.com/sentuhanqasehibu