Wednesday, November 23, 2016

Baby Carrier dan Tulang Belakang Bayi ( Perkembangan Fizikal Bayi )




Saya suka tengok gambar Lady Boss Erin Adzmi guna Tugeda Ideal nih. Tahu kenapa? (Bukan Sebab Nak Bodek tauuuu LoL)
.
Sebab dari gambar nih, kita nampak mcm mana Tugeda Ideal menjaga C-Curve tulang belakang baby. Masa Ni baby Qeera 2mo+.
.
Leher dan tulang belakang baby yang baru lahir tak tegap dan lurus sepenuhnya lagi. Walaupun pada pandangan mata kita, badan dan leher anak nampak 'macam' dah tegap dan tulang belakang nampak lurus, tapi kena ingat, ia sebenarnya masih lembut.
.



Dari seawal lahir hingga 2-3 bulan, leher baby masih belum kuat untuk support (sokong) kepala mereka sendiri. Jadi penting utk kita 'tolong' baby support kepala mereka :)
.
Untuk leher sekurang-kurangnya hingga umur 4bulan ke atas,  leher baby akan makin lurus dan tegap perlahan-lahan (kalau angkat kepala tu, tak senget goyang2 sgt dah la) dan untuk tulang belakang pulak, akan betul-betul tegap dan lurus  Mengambil Masa 1 hingga 1.5 tahun
.
Sebab itulah, kita kena cari Carrier yang boleh menjaga setiap perkembangan anak dengan baik 
.
Saya Sangatttt -Lah suka kalau kita semua belajar untuk guna ringsling atau wrap untuk newborn. Tapi itu lah, saya perlu realistik jugak, perlu terima hakikat, tak semua orang ada masa nak belajar guna Ringsling dan cukup sabar untuk berlilit dengan wrap. .
Apa yang penting, tahu cara guna yang betul dan selamat
.
Sangat bagus kalau dapatkan nasihat terlebih dahulu ☺ , supaya selamat untuk wearer dan wearee (mak dan anak)
.
Tugeda Ideal ni SSC Baru Dari @TugedaCarrier Yang Boleh digunakan Dari Newborn hingga umur 2 Tahun
.
.
.
<3
Shahida Radze
Certified Babywearing Educator
www.facebook.com/sentuhanqasehibu
Ig: sentuhanqasehibu_babywearing

Monday, November 21, 2016

5 PERKARA PENTING SEMASA MENGGENDONG BAYI.


Umum tahu amalan menggendong bayi adalah bagus untuk perkembangan bayi, juga memberi kesan positif kepada ibubapa dan juga penjaga. Tapi hakikatnya ramai lagi masih belum arif tentang cara menggendong bayi dengan betul dan selamat.

Seperti kebanyakan barangan bayi yang lain, alat gendongan yang ergonomik juga boleh membahayakan keselamatan bayi jika 5 perkara dibawah tidak dipraktikkan.
Jadikan 5 perkara ini sebagai panduan untuk kita menggendong bayi dengan selamat  :

1. Periksa alat gendongan bayi (baby carrier) sebelum mula menggendong. Pastikan setiap bahagian alat gendongan bayi berada dalam keadaan selamat.
2. Pastikan kepala dan belakang bayi disokong dengan baik supaya kesihatan tulang belakangnya terjaga.
3. Sentiasa pastikan bayi boleh bernafas dengan baik.
4. Biasakan diri dengan menggendong di hadapan (front carry) dahulu sebelum mencuba memulakan gendongan di belakang (back carry).
5. Sentiasa utamakan keselamatan bayi, elakkan menggendong dalam keadaan merbahaya.

<3
Shahida Radze