Monday, November 21, 2016

5 PERKARA PENTING SEMASA MENGGENDONG BAYI.


Umum tahu amalan menggendong bayi adalah bagus untuk perkembangan bayi, juga memberi kesan positif kepada ibubapa dan juga penjaga. Tapi hakikatnya ramai lagi masih belum arif tentang cara menggendong bayi dengan betul dan selamat.

Seperti kebanyakan barangan bayi yang lain, alat gendongan yang ergonomik juga boleh membahayakan keselamatan bayi jika 5 perkara dibawah tidak dipraktikkan.
Jadikan 5 perkara ini sebagai panduan untuk kita menggendong bayi dengan selamat  :

1. Periksa alat gendongan bayi (baby carrier) sebelum mula menggendong. Pastikan setiap bahagian alat gendongan bayi berada dalam keadaan selamat.
2. Pastikan kepala dan belakang bayi disokong dengan baik supaya kesihatan tulang belakangnya terjaga.
3. Sentiasa pastikan bayi boleh bernafas dengan baik.
4. Biasakan diri dengan menggendong di hadapan (front carry) dahulu sebelum mencuba memulakan gendongan di belakang (back carry).
5. Sentiasa utamakan keselamatan bayi, elakkan menggendong dalam keadaan merbahaya.

<3
Shahida Radze

No comments:

Post a Comment