Monday, November 28, 2016

Kedudukan Yang Betul Ketika Menggendong

KEDUDUKAN BABY YANG BETUL KETIKA MENGGENDONG

Sejak kebelakangan ni, saya banyak kawan baru dikalangan orang yg baru nak berkenalan dengan babywearing. Kebanyakan mereka nih, takde info yang betul dan tak tau mana nak cari info.
.
Kita sebenarnya ada beberapa local babywearing group di malaysia ni, kita ada Babywearing Mamas Central ( Dulu Babywearing Mamas Malaysia) , ada Gendong 101, ada Malaysia Babywearers , dan setiap negeri pun dah ada babywearing group sendiri sebenarnya. Boleh search di facebook.
.
Bila mula bersembang dengan kawan2 baru ni, antara perkara yang selalu mereka cakap adalah, tentang kedudukan baby yang 'nampak' seakan tak selesa dan menyakitkan. 
" Sis, saya nampak anak macam tak selesa je duduk mcm tu"
" Sis, husband saya tak bagi beli carrier sebab nampak anak macam terkepit dalam tu"
" tak sakit ke anak duduk macam tu"
ok, cukup 3 contoh.
.
Jom tengok gambar yg pertama dibawah. 
.
Gambar dibawah nih, menunjukkan posisi baby yang betul ketika dikendong , mengikut perkembangan umur baby. 
.
Sedar tak, kedudukan baby dalam gambar yang 1st skali (0-3 bulan) tu, itu sebenarnya kedudukan baby dalam perut. Jadi, perbuatan menggendong baby ni, sebenarnya, mimik kepada kedudukan baby dalam kandungan kita. 
.
Baby boleh 'mengenal dunia baru' tanpa perlu meninggalkan 'habitat' lama secara tergesa-gesa 😁 faham tak agak-agak ? baby boleh 'kenal dunia baru' secara perlahan-lahan, tanpa paksaan. 
.
Jadi, baby akan lebih tenang, lebih happy dengan maknya. Bila baby tenang, happy, dia akan kurang menangis. ( Memang ada kajian yg dibuat, bayi yang dikendong, akan kurang menangis ) .
.
Imagine ni 1 lagi. Kita yang tak pernah berjauhan dengan mak ayah, tetiba-tiba dapat masuk sekolah asrama. Tak Pernah Berjauhan. Camping pun tak pernah pegi tanpa mak ayah, pendek kata, mmg sentiasa dengan mak ayah. Apa kita rasa, kalau kita tiba-tiba dipaksa tinggalkan mak ayah, TINGGALKAN RUMAH kita, yang peti ais nya penuh dengan makanan. duk asrama nanti, macam mana nak makan, kita dah la kuat makan :D , ha gitu la contoh nya. 
.
Baby akan resah bila dia jauh dengan ibu nya, salah satu sebab, dia tahu, makanan dia, ada pada ibu nya.
.
Nak adapt dengan suasana baru, bukan senang. kita sendiri yang dah boleh control jiwa nih pun, kadang-kadang menangis homesick, kannn :D ini kan pulak baby. Jadi, bagi la baby tu masa untuk adapt dengan suasana baru. 
.
"Nanti baby ni suka 'merap' nak buat kerja pun susah" ---> bab ni saya akan terangkan kemudian, insha ALLAH, doakan saya idea dtg mencurah2 macam air dan (ni paling penting) MASA nak mengarang hehehe. Maklumlah #makbanyakanak. well, feel free to PM saya kalau ada kemushkilan :)
.

Gambar yang 1 lagi pulak, gambaran lebih jelas tentang pembentukan dan perkembangan tulang belakang dan leher baby, mengikut umur bayi matang (Full Term, lahir cukup bulan). 
.
Sebaik baby dilahirkan bentuk tulang belakang baby memang sangat lembut. membentuk seolah-olah bentuk C. 
.
Sebab tu, waktu ni, sangat kritikal untuk kita cari carrier yang boleh jaga tulang belakang baby untuk ianya mendapat perkembangan yg sempurna. 
.
Bila dah masuk bulan ke 3 ke 4, baru la di bahagian leher tu makin menegak, dan begitu la seterus nya hingga baby umur 1-1.5 tahun :)
.





kedua-dua gambar ini perlu saling berkait. jadi, untuk advocator, kalau nak terangkan pada orang baru, tentang kedudukan baby dalam carrier, kene explain kedua-dua situasi nih. 
.
Gambar atas terangkan kedudukan baby dalam carrier, dan gambar bawah terangkan kenapa kedudukan baby dalam carrier perlu begitu.
.
Agak2 jelas tak? 
.
Ye la, menaip guna hempon nih, maaf kalau ada terkurang, tertinggal info, boleh tegur secara berhemah, insha Allah, saya akan baiki 😄.
.
.
.
<3
Shahida Radze
Certified Babywearing Educator
Babywearing Inst. USA (2012)
www.facebook.com/sentuhanqasehibu
Ig : sentuhanqasehibu_babywearing

No comments:

Post a Comment